WARTA 24 KALIMANTAN SELATAN

Daftar Gratis!

Ketikan alamat email anda. Gratis!

Delivered by FeedBurner

Perdana Menteri tinjau projek Jambatan Sungai Bako

Posted by On 16.23

Perdana Menteri tinjau projek Jambatan Sungai Bako

Beliau yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini pada pukul 9.40 pagi, memulakan lawatan kerja dengan merasmikan majlis Penutupan Perwakilan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Ke-24 di Ibu pejabat SUPP di sini hari ini.

Selesai acara pada tengah hari, beliau bergegas ke Kampung Bako, Muara Tebas terletak kira-kira 25 kilometer dari bandar raya ini, untuk meninjau projek pembinaan Jambatan Sungai Bako dan mengadakan program tinjauan mesra di kampung berkenaan.

Dalam lawatan kira-kira dua jam itu, Perdana Menteri telah dibawa menaiki bot untuk pergi ke seberang sungai bagi mendengar taklimat mengenai projek pembinaan Jambatan Sungai Bako sepanjang 3.5 kilometer berharga RM41 juta yang kini sudah siap kira-kira 85 peratus dan dijangka boleh digunakan pada September tahun depan.

Seterusnya, beliau melakukan tinjauan mesra, solat zuhur di Masjid Al-Hidayah dan ma kan tengah hari bersama penduduk.

Sementara itu, penduduk Kampung Bako enggan melepaskan peluang untuk melihat secara dekat pemimpin nombor satu negara itu dengan keluar beramai-ramai memenuhi sepanjang jalan.

Ketua Kampung Bako Hulu, Wahid Sani, 63, ketika ditemui berkata, kedatangan Perdana Menteri ke perkampungan itu menjadi sejarah yang pasti tidak dapat dilupakan oleh penduduk.

“Najib merupakan Perdana Menteri pertama sampai ke seberang sini meskipun perlu menaiki bot yang menjadi laluan utama berikutan tiada jalan ketika ini.

“Bagaimanapun, keadaan akan berubah apabila jambatan yang dibina kerajaan siap pada tahun depan,” katanya sambil memberitahu jambatan itu apabila siap akan memberi kemudahan kepada lebih 3,000 penduduk kampung daripada 500 keluarga.

Imam Masjid Al-Hidayah Kampung Bako, Suaidi Masri, 75, berkata, dia berasa berbangga dan terharu kerana Perdana Menteri sudi menjejakkan kaki ke kampung mereka dan yakin kehadiran pemim pin itu akan merancakkan lagi pembangunan di kawasan berkenaan.

Seorang wanita warga emas, Dara Ali, 62, pula memberitahu, dia berasa cukup teruja apabila dapat bertemu dengan Perdana Menteri dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pimpinan Najib bersama Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang berterusan membawa pembangunan di Kampung Bako.

“Pembinaan jambatan ini memang ditunggu-tunggu kerana selama ini, penduduk kampung terpaksa menggunakan bot untuk berulang-alik menyebabkan kami terdedah kepada bahaya terutama menjelang musim tengkujuh,” ujarnya.

Sumber: Google News | Warta 24 Hulu Sungai Tengah

Next
« Prev Post
Previous
Next Post »