www.AlvinAdam.com

WARTA 24 KALIMANTAN SELATAN

Daftar Gratis!

Ketikan alamat email anda. Gratis!

Delivered by FeedBurner

Ribut Tembin badai Filipina

Posted by On 16.23

Ribut Tembin badai Filipina

Ribut tropika Tembin membadai Pulau Mindanao yang merupakan pulau kedua terbesar di negara ini sejak Jumaat lalu hingga mengakibatkan banjir lumpur dan tanah runtuh.

Filipina dilanda 20 ribut besar secara purata setiap tahun yang kebanyakannya melibatkan kematian, namun jarang berlaku di Mindanao yang menjadi penempatan kira-kira 20 juta penduduk.

Penyelamat telah mengeluarkan 36 mayat daripada Sungai Saloq di Minda­nao semalam dan pihak berkuasa melaporkan lebih banyak kematian dilaporkan di kawasan miskin di Semenanjung Zamboanga.

Mayat-mayat itu dihanyutkan banjir yang berlaku di bandar Salvador, Rando Salvacion yang terletak di hulu sungai, kata Ketua Polis bandar Sapad kepada agensi berita AFP.

Pihak berkuasa di Salvador berkata, mereka turut menemui 17 mayat lagi di hulu sungai.

Salvador dan Sapad yang terletak di Lanao del Norte, antara wilayah yang paling teruk dilanda ribut Tembin.

Jumlah kematian di Semenanjung Zamboanga turut meningkat kepada 28 orang dan polis berkata, 81 lagi masih hilang selepas runtuhan batu dan lumpur melanda penempatan komuniti pesisiran Sibuco dan lain-lain bandar nelayan.

Tembin tiba tidak sampai se­minggu selepas ribut tropika Kai-Tak mengorbankan 54 orang dan menyebabkan 24 yang lain hilang di tengah Filipina.

Taufan Haiyan yang paling kuat melanda negara itu mengakibatkan ribuan terbunuh dan memusnahkan keseluruhan bandar-bandar yang padat dengan penduduk di tengah Filipina pada November 2013. â€" AFP

Sumber: Google News | Warta 24 Hulu Sungai Tengah

Next
« Prev Post
Previous
Next Post »